Wednesday, April 9, 2014

(6 GAMBAR)Wajah Anak Perempuan Ashraf Muslim & Wan Sakinah, Dayana Turut Bersama



Serius rasa nak nangis dan sangat terharu melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Ashraf Muslim dan isteri-isterinya. Seringkali kalau bercerita mengenai poligami, selalu keluar cerita tak seronok je. Namun nampak gayanya Ashraf Muslim berjaya menunjukkan poligami dengan adil mampu memberikan kebahagiaan buat semua pihak yang terlibat.






Tuesday, September 11, 2012

Ahli syurga.....insyaalah

Photo: :)

Kelayakan Piala Dunia: Van Persie cedera


Robin van Persie
Penyerang Belanda dan Manchester United, Robin van Persie
PENYERANG sensasi Manchester United (MU), Robin van Persie mengalami kecerderaan di paha ketika meraih kemenangan untuk Belanda 4-1 yang bertemu dengan Hungary dalam persaingan kelayakkan Piala Dunia awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Sehubungan itu, pengurus pasukan, Louis van Gaal mengetepikan kebimbangan kononnya pihaknya menurunkan pengganti sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kecederaannya nampak tidak begitu serius, tapi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko," Kata Van Gaal.

Van Persie, 29, telah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan setakat ini sejak menyertai MU bulan lepas.

Beliau turut menjaringkan gol kemenangan Belanda 2-0 ketika bertemu dengan Turki pada perlawanan kelayakkan Piala Dunia Sabtu lalu.

Sementara itu, seorang lagi pemain MU Shinji Kagawa turut mengalami kecederaan menyebabkan dia terlepas perlawanan kelayakkan Piala Dunia mewakili Jepun  menentang Iraq.

"Ketika saya sedang bermain, saya merasakan ada satu tusukan di belakang saya.

"Nyata sangat memalukan kerana saya tidak mampu untuk meneruskan permainan," kata Kagawa kepada agensi berita Kyodo.

MU akan bertemu Wigan Athletic di Stadium Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini.

(6 GAMBAR)Majlis Pertunangan Diana Danielle Dan Farid Kamil


Akhirnya selepas menunggu sekian lama, tuan empunya badan, Diana Danielle telah pun berkongsi gambar sekitar majlis pertunangannya dengan Farid Kamil yang telah berlangsung minggu lalu. Pasti ramai yang teruja untuk melihat kemeriahan majlis yang telah berlangsung secara rahsia ini.
gambar pertunangan diana danielle
gambar pertunangan diana danielle
gambar pertunangan diana danielle
gambar pertunangan diana danielle
gambar pertunangan diana danielle

(TAHNIAH)Ayu Raudhah Hamil 3 Bulan, Zaquan Kerap Rasa Loya


Patutlah Ayu Raudhah kata dia mahu berehat sementara daripada dunia lakonan. Rupa-rupanya Ayu telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah  ucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita gembira ini. Patutlah Abang Nara tengok wajah Ayu berseri-seri semenjak dua ini.
ayu raudhah mengandung
Yang menariknya Zaquan turut merasa loya di awal kehamilan Ayu Raudhah. Kata Ayu kepadaMedia Hiburan:-
Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya.
Orang tua-tua kata kata kalau suami loya itu bermakna si suami sayang sangat kepada isterinya. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kelak, kasih sayang Zaquan dan Ayu akan bertambah kukuh. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat pasangan ini.