Tuesday, September 11, 2012

(TAHNIAH)Ayu Raudhah Hamil 3 Bulan, Zaquan Kerap Rasa Loya


Patutlah Ayu Raudhah kata dia mahu berehat sementara daripada dunia lakonan. Rupa-rupanya Ayu telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah  ucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita gembira ini. Patutlah Abang Nara tengok wajah Ayu berseri-seri semenjak dua ini.
ayu raudhah mengandung
Yang menariknya Zaquan turut merasa loya di awal kehamilan Ayu Raudhah. Kata Ayu kepadaMedia Hiburan:-
Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya.
Orang tua-tua kata kata kalau suami loya itu bermakna si suami sayang sangat kepada isterinya. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kelak, kasih sayang Zaquan dan Ayu akan bertambah kukuh. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat pasangan ini.

1 comment:

  1. Demi nyawa ibu

    SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
    IPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.

    Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.

    Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

    Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.

    ReplyDelete