Tuesday, September 11, 2012

Kelayakan Piala Dunia: Van Persie cedera


Robin van Persie
Penyerang Belanda dan Manchester United, Robin van Persie
PENYERANG sensasi Manchester United (MU), Robin van Persie mengalami kecerderaan di paha ketika meraih kemenangan untuk Belanda 4-1 yang bertemu dengan Hungary dalam persaingan kelayakkan Piala Dunia awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Sehubungan itu, pengurus pasukan, Louis van Gaal mengetepikan kebimbangan kononnya pihaknya menurunkan pengganti sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kecederaannya nampak tidak begitu serius, tapi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko," Kata Van Gaal.

Van Persie, 29, telah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan setakat ini sejak menyertai MU bulan lepas.

Beliau turut menjaringkan gol kemenangan Belanda 2-0 ketika bertemu dengan Turki pada perlawanan kelayakkan Piala Dunia Sabtu lalu.

Sementara itu, seorang lagi pemain MU Shinji Kagawa turut mengalami kecederaan menyebabkan dia terlepas perlawanan kelayakkan Piala Dunia mewakili Jepun  menentang Iraq.

"Ketika saya sedang bermain, saya merasakan ada satu tusukan di belakang saya.

"Nyata sangat memalukan kerana saya tidak mampu untuk meneruskan permainan," kata Kagawa kepada agensi berita Kyodo.

MU akan bertemu Wigan Athletic di Stadium Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment